Pilih Pakej Anda

Pakej Langganan Standard
Penyimpanan  dan perkongsian cloud bagi pereka papan litar bercetak. Termasuk Altium 365 Workspace.

Anda Dapat:

Versi Altium Designer yang baharu

Sokongan chat secara langsung 24/5

 Akses ke dalam komuniti AltiumLive

                           

Pakej Langganan Pro
Pengurusan data dan komponen yang lengkap bagi semua rekaan elektronik. Termasuk Altium 365 Workspace.

Anda Dapat:

Versi Altium Designer yang baharu

Akses utama untuk pakar teknikal Altium

Pengurusan Khidmat Pelanggan eksklusif

Kursus On-demand Tanpa Had

                          Apa Yang Disertakan

                          Altium 365

                          Satukan proses reka bentuk papan litar bercetak, pengurusan data dan MCAD tanpa perlu mengubah cara anda mereka bentuk elektronik dalam Altium Designer.

                          Teknologi Reka Bentuk Baharu

                          Dapatkan akses untuk versi baharu Altium Designer sebaik sahaja perisian terkini dikeluarkan. 

                          Teknolgi Bertambah, Harga Yang Sama

                          Pelanggan semasa akan mendapat lebih banyak alatan reka bentuk dengan harga yang sama.

                          Pembelajaran Tanpa Had

                          Kembangkan kemahiran dan pengetahuan pasukan anda dengan akses kursus on-demand tanpa had. 

                          Sokongan Secara Langsung

                          Dapatkan bantuan dengan sekelip mata dengan sokongan chat secara langsung dan akses ke dalam komuniti AltiumLive.

                          Kemas Kini Penyelenggaraan

                          Setiap perisian Altium akan mendapat sokongan selama 36 bulan daripada tarikh keluaran. Setiap kemas kini adalah berfokus untuk menambah baik prestasi dan tidak akan mengubah cara perisian berfungsi.

                          Soalan Lazim

                          Tidak, Altium 365 ialah pelantar cloud yang boleh digunakan bersama Altium Designer. Anda tidak perlu untuk memasang Altium 365 kerana ia boleh diaktifkan disini. Ia tidak akan menggantikan Altium Designer, tetapi ia akan meningkatkan kebolehan perisian Altium Designer termasuk perisian cloud untuk dokumen reka bentuk anda, dan penukaran data yang lebih pantas antara alatan ECAD dan MCAD

                          Kesemua pakej langganan baharu mengandungi pengemaskinian dan teknologi baharu yang anda telah dapat dengan pakej langganan anda yang sedia ada, termasuk beberapa fungsi dan kebolehan baharu.

                          Pakej langganan standard mengandungi penyimpanan dan perkongsian cloud untuk dokumen reka bentuk elektronik anda, teknologi baharu, sokongan chat secara langsung, dan akses untuk komuniti AltiumLive.

                          Pakel langgan pro pula mengandungi pengurusan data dan komponen, keutamaan bagi permintaan sokongan, akses tanpa had bagi kursus on-demand, dan Pengurusan Khidmat Pelanggan eksklusif.

                          Lihat perbandingan pakej yang penuh disini.

                          Tidak, harga langganan anda tidak aka, berubah. Kesemua pakej pelanggan yang sedia ada telah dinaik tarafkan ke pakej langganan standard, iaitu pakej yang mempunyai harga yang sama dengan pakej langganan anda yang sekarang. Pakej langganan standard adalah versi langganan Altium Designer yang lebih canggih yang mengandungi pelbagai bentuk servis Altium 365. Pakej langganan pro mengandungi servis dan kebolehan tambahan termasuk pengurusan data dan komponen, jesteru mempunyai kos yang lebih tinggi. Anda boleh memilih pakej yang memenuhi kehendak anda.

                          Setiap pakej mengandungi pengemaskinian dan teknologi baharu untuk Altium Designer. Perbezaanya adalah tahap servis yang anda peroleh daripada Altium dan kebolehan pelantar cloud Altium 365 bagi setiap pakej.

                          Pakej langganan standard memberikan anda penyimpanan cloud bagi dokumen dan reka bentuk anda yang diintegrasikan dalam Altium Desginer, kebolehan kolaborasi baharu melalui penilaian reka bentuk dan perkongsian global berasaskan web, dan akses bagi sokongan biasa.

                          Pakej langganan pro mengandungi kesemua fungsi yang terdapat dalam pakej langganan standard, dan kebolehan yang lebih canggih berkaitan dengan komponen dan pengurusan data reka bentuk (templat, kitaran hidup, fungsi kolaborasi MCAD yang lebih canggih, dsb).

                          Dengan pakej langganan pro juga, anda akan menerima akses tanpa had untuk kurus on-demand dan Pengurusan Khidmat Pelanggan eksklusif. Lihat perbezaan pakej yang penuh di sini.

                          Anda boleh mula dengan melanggan pakej standard dan tukar ke pakej langganan pro. Jika anda ialah pelanggan sedia ada, anda telah mempunyai akses untuk pakej langganan standard dan anda boleh aktifkan Altium 365 di sini. Anda boleh meminta untuk mencuba pakej langganan pro dengan menghubungi kami.

                          Data anda akan sentiasa menjadi milik anda. Anda boleh mengakses data tersebut dalam Altium 365 pada bila-bila masa. Apabila langganan anda telah tamat, anda hanya akan kehilangan kebolehan untuk menambah data baharu atau menukar data yang sedia ada. Anda boleh mengakses data tersebut dan menyimpannya dalam komputer anda, lihat dokumentasi ini untuk ketahui bagaimana. Lihat polisi pengekalan data Altium untuk mengetahui bagaimana data anda dikendalikan.

                           Tidak, anda tidak memerlukan Altium 365 untuk menguruskan lesen anda. Ia tidak akan mengubah cara anda menguruskan lesen Altium Designer anda.

                          Tidak, hanya Altium Designer 20.1.14 dan ke atas sahaja boleh digunakan bersama Altium 365.

                          Memang terdapat persamaan dari segi konsepsual, dian ia bertujuan untuk membantu anda untuk mengurus data reka bentuk anda dan berkolaborasi dengan lebih baik.

                          Altium Vault sudah tidak aktif dan digantikan dengan Altium Concord Pro.

                          Fungsi Altium 365 bagi pakej langganan pro adalah lebih kurang sama dengan kebolehan pengurusan data dalam Altium Concord Pro. Walaubagaimanapun, terdapat dua kelebihan jika anda menggunakan Altium 365.

                          Pertama, Altium Concord Pro dipasarkan sebagai server di lokasi yang anda perlu pasang, dikonfigurasikan dan diuuruskan oleh anda sendiri. Altium 365 pula adalah pelantar cloud yang tidak memerlukan pemasangan atau pengemaskinian. Penggunaan teknologi cloud membolehkan ia menggunakan fungi tambahan seperti pengaksesan global dan perkongsian melalui laman sesawang.

                          Kedua, terdapat perbezaan dari segi lesen dan harga. Altium Concord Pro dijual sebagai produk berasingan. Dengan pakej langganan pro, Altium menggabungkan kesemua produk dalam satu pakej supaya anda tidak perlu risau tentang pengurusan pelbagai produk dan lesen. Pakej langganan pro juga adalah lebih menjimatkan bagi kebanyakan kes 

                          Altium menawarkan servis penyimpanan data secara percuma daripada Vault/Concord Pro kepada pakej langganan pro untuk semua pengguna. Anda boleh mengetahui tentang program simpanan data Altium dengan lebih lanjut di sini.