Altium Designer®

Altium Designer merupakan perisian  berinovasi yang membantu pengguna untuk mengenal pasti setiap aspek dalam proses reka bentuk papan litak bercetak dengan mudah.

Ketahui fungsi baharu Altium Designer 21

Perisian EDA Seribu Dalam Satu
 
 

 

Kerja Dari Mana Sahaja, Berhubung Dengan Sesiapa Sahaja

 
 

  3D Realistik

 
 
 
 
 
 
Penghalaan Interaktif
Fungsi dan Faedah 
Pakej Langganan Altium

Manfaatkan teknologi terbaharu Altium Designer, servis profesional yang menyeluruh, dan Altium 365 - semua dalam satu langganan

Berkerja dengan yakin bersama sandaran data automatik, penyimpanan tanpa had dan keselamatan yang lengkap di cloud.

Hubungan dengan Altium 365 membolehkan anda untuk mereka bentuk dengan menggunakan data komponen secara langsung.

Simpanan komponen di dalam cloud anda akan dikemas kini secara automatik dengan maklumat secara langsung, dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Belajar tentant peralatan anda secara menyeluruh dengan pelbagai kursus dan bahan pembelajaran yang disediakan oleh pakar

Dapatkan kemas kini untuk versi perisian yang baharu untuk penambahbaikan konsisten dan ketara bagi reka bentuk anda.

Beri dan uruskan tanggungjawab dan kebenaran untuk setiap ahli dalam kumpulan anda dengan Altium 365

Optimumkan prestasi dan produktiviti anda dengan memanfaatkan pertolongan dari pasukan pakar teknikal yang komited kepada kejayaan anda

Ringkasan Altium Designer
Apa Yang Disertakan

Dapatkan akses untuk kesemua keperluan bagi reka bentuk papan litar bercetak dalam satu alatan yang mudah untuk diguna.


Koleksi peralatan pendawaian yang mewah, alatan verifikasi reka bentuk yang pelbagai, penciptaan senarai bersih yang tellus dan pengurusan varian.

Fleksibiliti yang unggul dengan navigasi pintar melalui semua tahap hierarki, nets dan komponen.

Pelantar pintar yang mengatur dan menyelenggara simbol skematik dan footprint papan litar bercetak, kawalan status komponen, semakan stok pengedar dan perancang rantaian bekalan.

Enjin SPICE yang canggih bagi simulasi yang tepat dan pantas. 

Kebebasan yang tiada tandingan bagi pengurusan bahan dan stackup dengan unit kawalan yang canggih.

Rajah pendawaian untuk mengesahkan sambungan dan pemasangan pantas papan litar berganda

Definisi kawasan flex dan garisan bengkok yang jelas, dan contoh 3D yang realistik

Enjin penghalaan berprestasi tinggi dengan kebolehan push & shove yang canggih

Enjin penalaan berkuasa tinggi yang mampu untuk menyokong corak yang canggih.

Interface dwi-arah yang lancar bagi suite MCAD seperti Solidworks, Inventor, dan Creo.

Penyelesaian berkala bagi ruang kerja reka bentuk, kitaran hidup projek dan pengurusan keluaran dengan kolaborasi kumpulan

Menyokong pelbagai format perkilangan seperti ODB++, IPC-2581 dan Gerber X2.

Penciptaan papan litar dan contoh komponen dengan sekelip mata, dimensi MCAD dan laporan pintar disediakan dengan menggunakan Draftsman. 

Soalan Lazim

Panduan RIngkas Mengenai Perlesenan, Migrasi dan Promosi

Lesen on-demand Altium Designer menawarkan kebolehan untuk akses global - mengikut batas geografi dan syarat yang terdapat dalam EULA - tanpa perlu penggunaan server. Sistem ini memberikan kelonggaran dan pendekatan yang kemas untuk penggunaan lesen. Untuk mengetahui tentang jenis lesen yang lain, sila hubungi kami.

Import wizard membolehkan ada untuk mengimport data reka bentuk yang asal daripada alatan ECAD yang lain seperti ORCAD, PADS, Expedition, Allegro, DxDesigner, Eagle dan Zuken.

Altium 365 ialah pelantar cloud bagi reka bentuk dan pembuatan papan litar bercetak. Ia boleh diakses dengan lancar dari Altium Designer atau mana-mana peranti yang dihubungkan ke internet. Altium 365 boleh didapati dengan Pakej Langganan Altium.

Berkerja dengan yakin bersama sandaran data automatik, penyimpanan tanpa had dan keselamatan yang lengkap di cloud.

Anda akan menerima satu lesen kekal Altium Designer bersama dengan pakej langganan selama satu tahun, termasuk dengan akses untuk Altium 365 dan:

  • Reka bentuk 3D papan litar bercetak 

  • Susun atur papan litar bercetak

  • Penghalaan interaktif

  • Pengeluaran dokumen pengilangan papan litar

  • Lukisan fabrikasi/pemasangan

  • Editor CAM

  • Akses untuk melebihi 600,000 komponen

  • Penjejekan dan informasi komponen secara lansung melalui Octopart

Selepas tahun pertama, anda perlu membayar bayaran langganan, jika anda hendak meneruskan langganan anda.

Anda tidak memerlukan sebarang add-ons. Tetapi Altium menawarkan pengurusan komponen dan PDN Analyzer yang mantap, yang memerlukan lesen tambahan, jika anda pilih untuk menggunakannya.

Lesen Kekal

Dengan lesen kekal, anda hanya perlu bayar sekali dan anda boleh menggunakkannya selamanya. Lesen kekal didatangkan dengan pakej langganan selama setahun

Lesen Percubaan Altium Designer

Gunakan Altium Designer selama 15 hari tanpa sebarang limitasi teknikal.